Monday 20 February 2012

Prolaktin Berlebihan

Apa itu Prolaktin?
Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggung jawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.

Perubahan Prolaktin semasa hamil
Prolaktin perlu untuk pembesaran payudara dalam proses pengeluran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir, stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk menambahkan lagi pengeluaran susu.

Prolaktin dan kesukaran hamil
Prolaktin bukan sahaja membanyakkan pengeluaran susu, tapi ia juga memberi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid anda. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya dia menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama.

Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan anda kitaran haid anda terganggu.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah. Tahap yang normal ialah diantara 30-600mIU/l.
Tanda-tanda Hyperprolaktinimia
  • Keluar susu dari payudara
  • Payudara bengkak dan sakit
  • Haid yang tidak teratur atau tiada langusng
  • Kurang nafsu
  • Sukar hamil
  • Sakit kepala
  • Kabur penglihatan
Sebab-sebab prolaktinaemia

Prolaktinoma
Ialah sejenis ketumbuhan yang tumbuh didalam kelenjar pituitari dan merembeskan hormon secara berlebihan dalam badan wanita yang mengalami masalah prolakinaemia. Selalunya ia tidak membahayakan selain dari menyebabkan wanita menglami masalah kesuburan, tetapi kadang-kadang,ia boleh mempengaruhi penglihatan.

Ubat
Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan prolaktin dikeluarkan dengan banyak. Sebagai contohnya, beberapa jenis ubat antikemurungan, ubat penahan sakit, ubat darah tinggi dan dadah boleh menyebabkan kenaikan paras prolaktin.


Hypothyroidism
Remesan hormon prolaktin yang berlebihan juga boleh berlaku kepada mereka yang mengidap hypotiroid, keadaan dimana terdapat kekurangan pengeluaran hormon tiroid.


Lain-lain sebab
Kehamilan, menyusu badan, rangsangan pada puting juga boleh meninggikan prolaktin dalam badan tetapi ini adalah normal dan semulajadi dan tiada kaitan dengan sebarang penyakit.

Diagnosa

Ujian darah tahap prolaktin yang tinggi menunjukkan yang anda mengalami hyperprolactinoma
Tetapi doktor juga mungkin menyarankan beberapa ujian lagi seperti:
  • CT/MRI otak untuk melihat samada ketumbuhan terdapat pada kelenjar pituitary.
  • Ujian penglihatan: untuk memastikan anda tidak mengalami komplikasi penglihatan
Rawatan
Rawatan selalunya mengunakkan ubatan seperti Bromocriptine untuk mengurangkan tahap prolaktin dalam darah. Bila prolaktin kembali normal, ovulasi akan berlaku dan haid anda akan datang dengan sendirinya. Walaubagaimanpun, sekiranya ia terlalu tinggi dan disebabkan oleh prolatinoma, doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

No comments:

Post a Comment